Jeram Rekreasi Sungai Talan yang terletak di Kampung Bintongan Rembau mempunyai air terjun, tempat mandi, tempat perkelahan dan perkhemahan telah menjadi tarikan pelancongan skala kecil terkini yang viral . Jeram Rekreasi Sungai Talan telah diserahkan pengurusan kepada MPKK Kg. Batu mulai 1 September 2021 oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau Terletak di suasana kampung yang tenang, jauh dari kesesakan bandar. Perjalanan ke sini mengambil masa 20 minit dari Tol Pedas/Linggi. Jika dari Tol Simpang Ampat mengambil masa lebih kurang 30minit perjalanan. Kawasan ini dibuka setiap hari. Bayaran hanya dikenakan pada hari minggu, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad sebanyak RM3/Kereta. Untuk Camping caj yang di kenakan adalah RM15/khemah. Kemudahan lain yang terdapat di Jeram Rekreasi ini adalah Tandas, Tapak Perkemahan Berpagar, Surau,Gazebo,Parking kenderaan, Gerai Jualan dan Line Internet 4G. Jeram Rekreasi Sungai Talan mempunyai beberapa kawasan tarikan tempat mandi dan berkelah bermula degan lubuk sungai di hadapan tapak perkemahan, lubuk gangsa, batu asah, lubuk talan, lubuk kuali, lubuk panjang dan lubuk seratus. Jika terus menyusuri sungai talan pengunjung adan dapat sampai ke Jeram Gunung Pasir di Kuala Pilah. Asal Usul Jeram Sungai Talan tersebut adalah daripada nama pokok talan yang banyak terdapat di sepanjang sungai tersebut. Daun pokok Talan boleh dibuat ulam dan batang pokok Talan boleh membesar sehingga 3 pemeluk. Batu asah mendapat nama disebabkan menjadi tempat mengasah keris dan parang oleh pengiring-pengiring YTM Undang Rembau yang menjadikan laluan denai tepi sungai sebagai jalan penghubung ke Kuala Pilah suatu masa dahulu, Lubuk kuali mendapat nama sempena bentuknya seakan-akan kuali menggorang dan lubuk seratus pula mendapat nama sempena orang dahulu pernah menjala dan mendapat seratus ekor ikan tomeh(batu) di lubuk tersebut. Tiga lubuk yang mempunyai air terjun yang cantik dan tinggi adalah di Lubuk Talan, lubuk kuali dan lubuk Panjang.
2.3.3 Jarak lokasi dari pekan/bandar utama : 5 KM @ 5 Minit
2.4.3 Pengangkutan ke lokasi : Kenderaan persendirian
2.5.3 Waktu operasi : 8.00 Pagi - 6.30 Petang
2.6.3 Bayaran masuk (jika ada) : RM3.00 (bayaran tempat letak kereta)
2.7.3 Tarikan utama : Air terjun dan kawasan perkhemahan
2.8.3 Kemudahan awam di lokasi produk : Tandas dan tempat letak kenderaan
2.9.3 Kapasiti pengunjung dalam satu masa : 250 orang
Hutan Rekreasi Rimba Sg Talan
- Butiran
- Kategori induk: Tempat - Tempat Menarik
- Kategori: Tempat - Tempat Menarik Di Rembau



